KUALA LUMPUR 28 Dis. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES) memperkukuhkan bekalan elektrik di Pulau Tioman menerusi dua projek tenaga boleh diperbaharui (RE) dengan kapasiti 755kW. TNB dalam kenyataannya berkata, Pulau Tioman yang terletak 32 kilometer dari pantai Pahang akan menerima 15 peratus tenaga elektrik yang dijana sumber RE bermula tahun depan. Katanya, tenaga itu dijana menerusi stesen hidro mini…










