Tinggal budaya lama untuk sertai Bersatu - Utusan Malaysia

Tinggal budaya lama untuk sertai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH – Bekas anggota UMNO yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diingatkan supaya meninggalkan budaya lama mereka ketika berada dalam parti berkenaan terutama sikap mementingkan kedudukan diri sendiri dan tidak mengutamakan rakyat.

Anggota Majlis Pemimpin Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata golongan berkenaan perlu memahami perjuangan dan cara tadbir urus Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang amat berbeza daripada pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu Melaka itu berkata pemimpin lama di bawah kerajaan terdahulu sanggup mengubah fakta melibatkan beberapa isu semata-mata untuk memberitahu rakyat bahawa tiada isu serius yang berlaku di negara ini dan pentadbiran mereka tidak mempunyai masalah.

“Kita di peringkat pimpinan Bersatu tidak amalkan dasar tutup pintu kepada mereka khususnya anggota UMNO yang ingin menyertai parti. Pada saya mereka ini baru menyedari yang dahulunya mereka mungkin terleka dan hari ini mereka faham apakah itu kepimpinan yang telus.

“Kumpulan pentadbir kerajaan baharu yang dipimpin PH pada hari ini mengamalkan dasar ‘lead by example’ dan saya yakin ia menjadi tarikan untuk mereka menyertai kita terutama Bersatu.

“Kita tidak sekat asalkan mereka tinggalkan budaya lama,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Sentuhan Kasih Bantuan Bencana Banjir Petronas di sini, hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×