Tindakan pemimpin UMNO Sabah cetus pembaharuan parti - Utusan Malaysia

Tindakan pemimpin UMNO Sabah cetus pembaharuan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 13 Dis. – Tindakan pemimpin UMNO Sabah yang keluar parti beramai-ramai kelmarin perlu dijadikan pencetus pembaharuan yang sangat didambakan ahli UMNO dan orang Melayu.

Justeru Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, untuk berubah dan bangkit kembali parti itu tidak boleh terus berdolak-dalik serta hidup dalam penafian.

“Kepimpinan, hala tuju serta pemulihan parti mesti menjadi agenda yang diterjemahkan secara tegas dan serius.

“Malah kita mesti dengan segera dan terbuka mengakui bahawa segalanya sangat bercelaru dalam UMNO. Parti ini hanya akan dapat diislahkan dengan kepimpinan yang berwibawa,

berkesan dan berintegriti,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Bekas Menteri Besar itu percaya Majlis Tertinggi UMNO akan mencari jalan pencerahan bagi menangani perkara berkenaan dan berdoa agar terbit fajar yang akan menyuluh UMNO dalam

kegelapan ketika ini dan mencerahkannya.

Katanya, ternyata ramai pimpinan UMNO tatkala kehilangan kuasa menjadi sangat rapuh dan hilang pedoman perjuangan.

Beliau menghormati alasan kepimpinan utama UMNO Sabah menyatakan bahawa tindakan sedemikian didorong kehilangan keyakinan kepada kepimpinan parti dalam mengemudi UMNO setelah tewas dalam pilihan raya umum lalu.

“Saya percaya, sentimen ini juga dirasakan ahli dan pendukung UMNO lain di seluruh negara. Betapa usaha merawat, memulih dan membangunkan semula UMNO kelihatan tidak dilakarkan dengan jelas dan tidak diberikan kepimpinan sewajarnya.

“Cuma, saya ingin tegaskan. Selaku pemimpin, kita sepatutnya mempamerkan ketahanan dan kesungguhan untuk bersama-sama membetulkan parti. Andai ada langkah yang canggung,

janganlah lantai yang dipersalah. Andai ada yang lemah dalam perjuangan bangsa, janganlah yang dibuang itu wadahnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×