Tiket viral milik Vietnam - Utusan Malaysia

Tiket viral milik Vietnam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan bahawa isu tiket yang tular di laman sosial sejak semalam adalah peruntukan yang diberi kepada penyokong Vietnam bagi aksi final pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukti Jalil, hari ini.

STATUS Nur Iman Dzakirah mengenai tiket perlawanan final pertama di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini tular di laman Facebook sejak malam tadi. – Media sosial

Hasil siasatan yang dilakukan oleh FAM mendapati 2,800 tiket final di antara Malaysia menentang Vietnam yang diambil oleh Irawati Abdullah itu adalah peruntukan yang diberikan oleh penyokong pasukan pelawat.

“FAM ingin memberi penjelasan mengenai gambar dan posting Facebook milik Nur Iman Dzakirah atau nama sebenarnya Irawati Abdullah telah viral di media sosial sejak malam tadi.

“Kami telah segera melakukan siasatan dan dengan ini mengesahkan bahawa Irawati hadir ke Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam bersama delegasi dari Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) bagi mengambil tiket yang telah dibeli di bawah peruntukan untuk penyokong pasukan pelawat, Vietnam.

“Berdasarkan perjanjian di antara FAM dan VFF, kami memperuntukkan sebanyak 3,000 keping tiket untuk dijual kepada penyokong Vietnam bagi final pertama manakala VFF juga memperuntukkan 3,000 keping tiket untuk dijual kepada penyokong Malaysia bagi aksi timbal di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini,” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang dipetik daripada Facebook FAM hari ini.

Dengan penjelasan yang diberikan, Stuart berharap penyokong memahaminya.

“Gambar berkenaan sebenarnya tidak perlu dijadikan isu kerana ia adalah pembelian yang sah untuk penyokong pelawat, Vietnam dan bukannya dibeli secara pukal untuk dijual kepada penyokong pasukan tuan rumah, Malaysia seperti tanggapan umum selepas perkara ini viral malam tadi,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN