GUA MUSANG – Tiga orang petugas kesihatan terkandas lebih 10 jam di kawasan hutan di Kampung Serasah, Pos Bihai di sini selepas laluan jalan balak rosak akibat hujan lebat, semalam. Sebelum itu, mangsa, Rusdi Nor, 57, Abdul Basir Ahmad, 48, dan Mohd. Ruswadi Ab. Hamid, 38, yang merupakan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikatakan masuk ke kawasan berkenaan untuk menjalankan tugas di perkampungan Orang Asli. Bagaimanapun, keadaan hujan lebat menyebabkan…