Tiga pekerja binaan selamatkan mangsa kebakaran  - Utusan Malaysia

Tiga pekerja binaan selamatkan mangsa kebakaran 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Tindakan nekad tiga pekerja binaan meredah masuk sebuah rumah teres yang sedang terbakar di Taman Bukit Intan di sini pagi ini berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun daripada maut. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Asyraf Rizki Mohammad Zainal diselamatkan oleh ketiga-tiga pekerja binaan berkenaan selepas terdengar tangisan mangsa dalam rumah tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, kanak-kanak tersebut bagaimanapun melecur sedikit pada bahagian muka, tangan dan bahu kanan dalam kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kejadian, pekerja-pekerja binaan ini sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di rumah bersebelahan dan mendengar orang ramai menjerit rumah terbakar.

“Kemudian mereka terdengar suara kanak-kanak menangis dari dalam rumah dan bertindak nekad memasuki rumah itu dari arah belakang. Mereka terpaksa menggunakan kayu bagi mengesan kanak-kanak itu di dalam rumah kerana dipenuhi asap,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini