KLANG – Hasrat tiga lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia bersiar- siar di bandar ini tidak kesampaian apabila dicekup sebaik tiba di jeti Pelabuhan Klang di sini pagi tadi. Ketiga-tiga PATI berusia 25 hingga 26 tahun itu ditahan pukul 8.15 pagi menerusi Ops Pensura. Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Khairuddin Jamal berkata, siasatan awal mendapati PATI tersebut yang merupakan nelayan bertolak…










