Tiga lagi mangsa kebakaran hutan Camp Fire masih hilang - Utusan Malaysia

Tiga lagi mangsa kebakaran hutan Camp Fire masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA 11 Dis.- Jumlah mangsa yang masih hilang dalam insiden kebakaran hutan, Camp Fire utara California November lalu kini berkurangan kepada tiga orang.

Manakala, Pejabat Sheriff Butte County pada Isnin mengesahkan angka kematian kekal 85 orang.

Kebakaran yang dianggap terburuk di Amerika Syarikat itu berjaya dipadam sepenuhnya pada 25 November lalu.

Daripada kesemua mayat yang ditemui, 50 daripadanya telah dikenalpasti manakala 31 lagi masih dalam proses pengecaman.

Tiada baki mayat ditemukan sehingga awal Disember, tetapi misi pencarian akan tetap diteruskan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN