Tiga jam seminggu belajar pendidikan Islam, mengapa nak kurangkan masa lagi? - iGuru - Utusan Malaysia

Tiga jam seminggu belajar pendidikan Islam, mengapa nak kurangkan masa lagi? – iGuru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Dengan hanya mengambil masa tiga jam seminggu waktu pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan, cadangan untuk mengurangkan tempoh pembelajaran mata pelajaran itu hanya akan merugikan anak-anak Melayu Islam.

MOHD. AZIZEE HASAN
MOHD. AZIZEE HASAN 

Menurut Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan, pengurangan masa itu tidak relevan tempoh pembelajaran Pendidikan Islam ketika ini tidak mencukupi untuk membina keperibadian jati diri murid.

“Cadangan untuk mengurangkan masa mata pelajaran ini dilihat sebagai langkah mundur ke belakang dan mampu menjejaskan kualiti penghayatan agama secara lebih mendalam kepada anak-anak Melayu Islam.

“Sebaliknya kurikulum Pendidikan Islam sedia ada perlu diperkasakan di peringkat lebih awal dengan menekankan aspek amali berbanding teori. Mata pelajaran ini perlu diberi keutamaan kerana generasi hari ini terdedah dengan pelbagai masalah disiplin dan kelunturan akhlak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azizee berkata, penekanan pengajaran Pendidikan Islam sudah termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1952 yang menggariskan hak murid yang beragama Islam untuk mendapatkan pelajaran agama.

Katanya, perkara itu turut diperkukuhkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 yang mewajibkan setiap sekolah yang mempunyai bilangan murid sekurang-kurangnya 15 orang wajib diajar pelajaran agama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN