KUALA LUMPUR 6 Dis. – Hasrat penyokong Harimau Malaya untuk mengucapkan selamat malam kepada Chatchai Budprom menerusi instagram rasmi miliknya, boy_chatchai_1 tidak kesampaian selepas penjaga gol Thailand itu mengaktifkan mode privasi awal pagi tadi. Sama ada tidak tahan ‘dibahan’ atau malu ekoran ayat pedas Chatchai menjerut lehernya sendiri, penjaga gol berusia 31 tahun itu terus bertindak sedemikian setelah skuad Gajah Perang tersingkir di separuh akhir Piala AFF di laman sendiri,…










