KLANG 12 Dis. – Tidak puas hati kerana sering ditegur dipercayai menjadi punca seorang wanita dibunuh jirannya di Batu 16, Rawang, semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, berdasarkan siasatan awal mangsa dengan suspek sering bertengkar sebelum ini disebabkan pelbagai isu.
Jelasnya kemuncak kepada siri pertengkaran itu adalah semalam apabila suspek menyerbu masuk ke rumah dan menikam jirannya itu hingga mati.
“Ujian air kencing terhadap suspek berusia 49 tahun itu juga didapati positif dadah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mazlan menambah polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari ke atas suspek bermula hari.
Semalam, Yap Choon Mooi, 41, maut ditikam di dada, manakala suaminya, Chong Yoke Wa, 61, pula cedera di perut selepas diserang suspek menggunakan pisau. – UTUSAN ONLINE











