LONDON 3 Dis. – Unai Emery tidak pasti sama ada Mesut Ozil menyaksikan kemenangan 4-2 Arsenal ke atas seteru utara London mereka, Tottenham.
Ozil diketepikan daripada aksi di Stadium Emirates selepas mengalami kecederaan belakang.
Perancang Arsenal itu juga tidak beraksi dalam saingan Liga Europa ketika mereka menang ke atas Vorskla iaitu empat hari selepas Ozil diletakkan di bangku simpanan semasa The Gunners menang 2-1 ke atas Bournemouth.
“Dia mengalami kecederaan belakang.
“Saya tidak pasti bila dia mengalami kecederaan itu.
“Hari ini adalah hari terbaik untuk bercakap mengenai pemain yang beraksi,” kata Emery.-AGENSI










