Tidak akan terbubar – Zahid - Utusan Malaysia

Tidak akan terbubar – Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Dis. – UMNO Sabah tidak akan terbubar dan dijamin terus kekal walaupun terdapat ramai pemimpin serta ahli-ahlinya bertindak keluar parti.

Sehubungan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi berkata, tindakan segera akan dilakukan bagi menyusun dan merombak Badan Perhubungan UMNO negeri itu.

Katanya, UMNO juga bersedia dengan pelan penggantian di peringkat bahagian sebagai­mana terkandung dalam Fasal 15.7 dan Fasal 15.8 Perlembagaan UMNO.

“Saya percaya dokongan hubungan akar umbi masih kuat dan sedaya mungkin, kita mahu memastikan agar dokongan akar umbi melalui dalam UMNO kukuh setakat ini,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Yang turut hadir, dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Sementara itu, Ketua UMNO Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang baharu.

Ketua UMNO Sepanggar, Yakub Khan pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Timbalan Ketua UMNO Kinabatangan, Jeffry Ariffin sebagai Setiausaha manakala Ketua UMNO Tenom, Datuk Raimi Unggi sebagai Ke­tua Penerangan UMNO negeri.

Mereka akan memperkemaskan susunan ahli-ahli badan perhubungan negeri dan memangku jawatan-jawatan yang dikosongkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN