PUTRAJAYA 10 Dis. – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak akan diadakan kerana ia berkemungkinan boleh mewujudkan konflik berasaskan perkauman.
Malah tegas Perdana Menteri, pilihan raya PBT sekiranya diadakan boleh menghasilkan keputusan yang salah antara bandar dan luar bandar.
“Keputusan di bandar lain, di luar bandar lain. Berkemungkinan wujud konflik disebabkan perbezaan kaum. Kita tidak mahu perkara itu terjadi, tiada pilihan raya PBT,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










