Tiada tindakan ke atas Waytha, Ganabatirau? - Utusan Malaysia

Tiada tindakan ke atas Waytha, Ganabatirau?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan pihak berkuasa yang masih belum mengambil tindakan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan Exco kerajaan nege­ri Selangor, V. Ganabatirau.

Asyraf Wajdi Dusuki

Pertanyaan tersebut dilontarkan Asyraf Wajdi susulan penahanan penulis blog yang juga Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo oleh polis berikutan kenya­taannya yang didakwa berbaur hasutan.

“Papagomo ditahan selepas menerima 17 laporan polis ke atasnya. Bila pula nak tahan Waytha Moorthy yang menerima lebih 150 laporan polis? Exco kerajaan Selangor, Ganabatirau yang mengapi-apikan isu perkauman – kuil dan turut menerima laporan polis, bila nak ditahan?

“Prinsip rule of law model Malaysia baharu kerajaan Pakatan Harapan mesti dilaksanakan. Siapa sahaja yang disyaki memainkan sentimen perkauman dan melakukan perkara-perkara yang membelakangi prinsip perundangan dan Perlembagaan wajar disiasat secara adil dan saksama tanpa mengira kedudukan dan latar belakang mereka,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini mengesahkan polis telah menahan Papagomo selepas dikatakan memuat naik video berbaur hasutan dalam laman sosial.

Menurut Mohamad Fuzi, tindakan serupa juga akan diambil pada mana-mana pihak yang didapati cuba menimbulkan keresahan dan ketegangan dalam kalangan masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN