Tiada tempoh masa isytihar harta - Utusan Malaysia

Tiada tempoh masa isytihar harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Tun. Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi baki ahli Parlimen dari Pakatan Harapan (PH) yang masih belum mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun Perdana Menteri menjelaskan, beliau berharap kesemua mereka yang seramai 13 orang dapat melakukannya secepat mungkin.

“Tak bagi tempoh masa tapi saya harap mereka akan isytihar secepat mungkin,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Seminar On Anti-Corruption Champions: Sharing Session With Winners of the Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani International Anti-Corruption Excellence Award 2018, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil berkata, sehingga kini masih terdapat 13 ahli Parlimen PH dan 24 anggota pentadbiran termasuk setiausaha politik yang belum mengisytiharkan harta.

Sementara itu pada majlis tersebut, Dr. Mahathir turut melancarkan Garis Panduan Tatacara Mencukupi yang melibatkan strategi liabiliti korporat selaras dengan subseksyen (5) Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Garis panduan itu akan memberi petunjuk kepada organisasi komersial dalam mana-mana industri untuk memastikan mereka mengambil langkah asas dalam syarikat masing-masing bagi meminimumkan risiko rasuah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN