BALING 21 Dis. – Tiada pihak yang akan terjejas dengan keputusan kerajaan meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah. Datuk Amiruddin Hamzah Katanya, keputusan itu dibuat bagi menambah baik pengurusan kewangan dan pelaburan organisasi berkenaan dan melibatkan pengurusan jemaah haji yang dikendalikan TH. “Bila kita sebut Tabung Haji (TH) diletakkan di bawah Bank…










