Setiap manusia pasti ada cara tersendiri dalam memberi reaksi kepada apa sahaja dugaan yang diterima. Eyra akui, sekuat-kuat dirinya kadang-kala tumpah juga air jernih dari matanya. Apatah lagi tunangnya, Haziq pernah tertekan dengan kecaman warganet terhadap mereka. “Tipulah kalau saya cakap tidak pernah menangis dengan tuduhan yang dilemparkan oleh warganet kepada saya. Kalaulah saya mahu menipu atau menyembunyikan majlis pertunangan tersebut, sudah tentu saya tidak akan membiarkan ahli keluarga dan…










