Tiada kenaikan harga kelengkapan sekolah di Perak - Utusan Malaysia

Tiada kenaikan harga kelengkapan sekolah di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak setakat ini tidak menerima sebarang aduan daripada orang ramai mengenai kenaikan harga kelengkapan persekolahan termasuk kasut berwarna hitam. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri, A.Sivanesan berkata, walaupun barangan kelengkapan persekolahan bukan dalam kategori barang kawalan, namun tindakan tegas boleh dikenakan terhadap peniaga yang menaikkan harga sesuka hati.

Katanya, mana-mana peniaga yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Seramai 187 pegawai penguat kuasa termasuk 83 pegawai pemantau harga telah membuat pemeriksaan di 242 premis yang menjual peralatan persekolahan di seluruh negeri bermula 22 Disember sehingga semalam dan lapan notis dikeluarkan di bawah AKHAP,” katanya. 

Sivanesan bercakap kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan ke atas barangan keperluan sekolah yang turut disertai Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri Shamsul Nizam Khalil di sebuah pasar raya besar di Meru di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×