IPOH – Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak pernah mengeluarkan arahan menyekat atau melarang beberapa penceramah agama untuk keluar di televisyen (TV) dan radio seperti yang tular dalam media sosial. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun menasihatkan agar penceramah agama untuk mengikut tiga teras yang diperjuangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya ingin ke udara. “Penceramah dan pengkuliah yang mahu muncul di TV di dalam program kita mestilah memahami…









