INGATKAN semuanya sudah berakhir tetapi nampaknya kisah antara mereka nampaknya masih menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini. Ramai yang mengharapkan kisah hitam yang berlaku ditinggalkan sementelah Syafiq Farhain terus membina nama dan menjadi penyambung legasi kepada arwah bapanya, Saleem Iklim. Hadir menghiburkan peminat di acara akhir Gadis Panca MyBeauty 2018 minggu lalu, Syafiq menggamit memori tetamu dengan dendangan lagu Suci Dalam Debu. Lagu tersebut adalah nyanyian asal arwah bapanya…










