Thailand adakan pilihan raya tahun depan - Utusan Malaysia

Thailand adakan pilihan raya tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 11 Dis.- Selepas terakhir dilaksanakan lima tahun lalu, rakyat Thailand sekali lagi bakal memilih kerajaan baharu dalam pilihan raya umum negara ini yang akan diadakan pada 24 Februari tahun hadapan.

Memetik laporan Reuters, Perkara itu disahkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand hari ini, selepas satu kenyataan tentang penarikan sekatan terhadap mana-mana aktiviti politik dikeluarkan dalam portal Royal Gazette.

“Seluruh rakyat dan parti politik dibenarkan menyertai aktiviti politik dalam tempoh sehingga pilihan raya diadakan nanti,” jelas kenyataan tersebut.

Selepas dilakukan pada 2014, Thailand tidak menjalankan pilihan raya umum kerana sekatan ke atas mana-mana aktiviti politik yang dibuat pemerintah ekoran penentangan besar-besaran terhadap kerajaan pimpinan Yingluck Shinawatra.

Oleh kerana itu, pilihan raya yang amat dinantikan itu diharap dapat mengembalikan demokrasi dalam kepimpinan negara ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya, Sawang Boonmee memberitahu penarikan sekatan itu bermaksud semua aktiviti politik, termasuk program kempen adalah dibenarkan dengan syarat tidak melanggar undang-undang di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN