Terlalu awal hakimi Mohamad Hassan - Utusan Malaysia

Terlalu awal hakimi Mohamad Hassan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 23 Dis. – Terlalu awal untuk dakwaan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan yang kini menjalankan tugas-tugas presiden parti akan dibayangi penyandangnya sebelum ini, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak perlu memberi peluang terlebih dahulu kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

“Biarlah Tok Mat menjalankan tugasnya dengan sokongan dan kerjasama daripada kami semua.

“Saya percaya tindakan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid itu adalah ikhlas untuk kepentingan dan keutamaan kepada parti, orang Melayu dan agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir program I’m Ready For School anjuran Johor Volunteers di Dewan Terbuka Taman Cendana, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×