LONDON 4 Dis. – Pengurus Liverpool Jurgen Klopp didakwa oleh Persatuan Bola Sepak (FA) England hari ini selepas pengendali dari Jerman itu memasuki padang untuk meraikan gol saat-saat akhir ketika pasukannya menentang Everton dalam saingan Merseyside derby semalam. Klopp didapati berlebihan meraikan jaringan pada minit ke-96 daripada Divock Origi, yang memanfaatkan kesilapan penjaga gol Everton Jordan Pickford, dengan berlari memeluk Alisson Becker di dalam padang. Dia bagaimanapun memohon maaf atas…










