Terjemahan seni dalam diri Tuanku - Utusan Malaysia

Terjemahan seni dalam diri Tuanku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SENI itu sesuatu yang indah dan sesiapa yang mencintai kesenian, pastinya akan terbit keindahan pada diri, bukan sahaja dari segi penampilan, tetapi juga kepada soal pemikiran, tindakan, kepekaan, penelitian mahupun aspek kesantunan dan ketinggian budi pekerti.

Susuk hebat ini juga seorang pencinta seni, baik kepada seni halus mahupun yang berbentuk artifak. Beliau adalah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan sebab itu adalah tidak pelik, baginda menterjemahkan nilai seorang pencinta seni itu dalam memayungi negeri Selangor.

Sebagai susuk yang mencintai seni, baginda bukan sekadar gemar mengumpul koleksi kesenian tempatan serta luar negara yang unik tetapi lebih penting, setiap tindakan, keputusan dan hala tuju negeri tidak pernah terlepas daripada kaca matanya hingga memberi kelegaan buat rakyat.

Itu rumusan yang boleh disimpulkan Pengurus Besar Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Munasor Aliyasak, yang sudah 20 tahun diberi kepercayaan oleh pihak istana untuk menjaga koleksi seni, artifak dan susur galur kesultanan Selangor sempena ulang tahun keputeraan Sultan Sharafuddin ke-73 esok.

Menyifatkan Sultan Sharafuddin seorang yang amat teliti, Munasor berkata, selalunya rakyat melihat Sultan Selangor dari sisi ketegasan baginda mempertahankan kesucian agama Islam, kepentingan orang Melayu dan keharmonian masyarakat berbilang kaum tetapi jarang menilai dari sisi seni.

Katanya, baginda Sultan suka kepada sesuatu yang indah dan suasana aman damai dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini merupakan keindahan yang tidak boleh dicacatkan dengan apa juga perkara, maka sebab itu, rakyat dapat melihat Sultan Sharafuddin sentiasa menzahirkan titah.

“Misalnya kalau kita bercakap soal seni, tuanku memiliki tidak kurang daripada 800 artifak yang ditempatkan di Galeri
Diraja Sultan Abdul Aziz untuk dikongsi bersama rakyat dan banyak lagi hasil seni yang cukup unik dan eksklusif nilai sentimentalnya disimpan baginda sendiri.

“Setiap hasil seni itu mempunyai makna dan nilai tersendiri kepada tuanku, maka sebab itu baginda merupakan seorang yang cukup teliti, sesuai dengan sifatnya yang mencintai seni, ia nilai tambah terhadap karektor baginda,” katanya berkongsi pengalaman mengenai Sultan Sharafuddin kepada Utusan Malaysia.

Menzahirkan rasa bertuah dan menjunjung kasih kerana kekal diberikan kepercayaan untuk menjaga sesuatu yang berharga milik Sultan Selangor, Munasor berkata, sesungguhnya rakyat negeri ini bertuah kerana memiliki sultan seperti baginda, yang benar-benar menjadi payung kepada masyarakat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN