SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mahu semua anggota parti menerima keputusan hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri Sabah termasuk pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang mengumumkan keluar parti dengan berlapang dada, terbuka dan rasional. Katanya, UMNO Semenanjung menghormati keputusan dan ketetapan pemimpin UMNO Sabah yang tidak lagi mahu bersama dengan parti. “Isu ini melibatkan kesetiaan dan kebersamaan. Kedua-dua perkara ini bukanlah sesuatu yang boleh…










