KUALA TERENGGANU – Tidak sampai 24 jam selepas surut, banjir kembali melanda Terengganu melibatkan tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Marang dan Setiu. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, banjir berkenaan disebabkan hujan lebat berkeamatan lebih 100 milimeter yang turun di ketiga-tiga daerah itu bermula pukul 3 pagi. “Kawasan yang terjejas di daerah Kuala Terengganu ialah perumahan sekitar Jalan Kamarudin, Jalan Tekukur dan Jalan Sultan Omar,…










