PEKAN – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan berita anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim yang meninggal dunia ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 9.41 malam tadi. Tengku Abdullah bertitah, berita kematian itu amat mengejutkan memandangkan sebelum ini, anggota bomba berusia 24 tahun itu menunjukkan perkembangan positif semasa dirawat di IJN. “Saya mewakili keluarga…










