INCHEON, Korea Selatan 19 Dis. – Tempat simpanan bijian yang membosankan ditransformasi menjadi hasil seni gergasi malah diiktiraf Guinness World Records sebagai mural terbesar di luar.
Mural itu mengambarkan perjalanan seorang budak lelaki menjadi dewasa di tempat simpanan gergasi seluas 23,688 meter persegi di bandar pelabuhan, Incheon.
Mural itu digerakkan oleh pentadbiran bandar dan pihak berkuasa pelabuhan sebagai usaha dalam menambah baik tanggapan negatif fasiliti industri lama.
Menurut Agensi Berita South Yonhap, idea tersebut berasal daripada projek seni komuniti pada 1920an di Amerika Syarikat (AS) dan Mexico.
Sebanyak 22 artis terlibat menggunakan lebih 850,000 liter cat bagi menghasilkan seperti 16 kulit buku dengan kos 550 juta won (RM2.04 juta).
Mural gergasi itu menenggelamkan pemegang terdahulu iaitu Projek Pueblo Levee di Colorado, AS dengan mural seluas 16,554 meter persegi. – AFP









