TEKUN sedia bantu ahli koperasi dapat dana pinjaman - Utusan Malaysia

TEKUN sedia bantu ahli koperasi dapat dana pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) sedia membantu ahli koperasi bagi mendapatkan dana pinjaman daripada agensi itu untuk terlibat dalam pelbagai bidang keusahawanan..

Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor berkata, pihaknya akan melakukan kerjasama dengan koperasi yang terdapat di negara ini bagi membantu anggotanya memperoleh dana bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan.

“Kita bukan hanya pergi (beri bantuan) kepada individu namun kita mahu pergi kepada kumpulan, justeru  kami mahu melaksanakan kerjasama dengan koperasi bagi membolehkan anggotanya dapat melakukan pinjaman.

“Sebab itu kita menggalakkan koperasi ditubuhkan melalui persatuan bagi membolehkan kita membantu anggota koperasi selain mereka sendiri melakukan kerjasama dengan koperasi yang disertai,” katanya kepada Bernama pada Majlis Pelantikan Penaung Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Tanah Merah di sini hari ini.

Pada majlis itu Mohamad Suparadi menerima watikah pelantikan penaung PPKM Tanah Merah bagi sesi 2019 hingga 2021 bagi menggantikan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×