Sekian lama rumpai laut dianggap super food Malaysia berikutan kandungan nutrisinya yang tinggi dan pelbagai khasiat terhadap kesihatan fizikal dan penjagaan kulit. Industri ini mempunyai potensi yang besar untuk dimaju dan dikembangkan kerana serbuk dan karaginan daripada rumpai laut mempunyai aplikasi yang luas dalam industri pemprosesan makanan dan minuman, kosmetik serta farmaseutikal. Bukan itu sahaja, jika diusahakan dengan gigih serta mengaplikasikan kelebihan teknologi, industri ini dilihat mampu memberikan pulangan lumayan…










