KEMAMAN 3 Dis. – Sebagai persediaan awal menghadapi musim tengkujuh, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) mengambil inisiatif melakukan kerja memangkas dan menebang pokok di kawasan pentadbirannya sejak tiga bulan lalu. Yang Dipertuanya, Johan Ibrahim berkata, langkah itu bagi memastikan keselamatan orang ramai, khususnya penduduk di kawasan taman perumahan dan perkampungan yang berisiko banjir. Katanya, setakat ini, kerja memangkas dahan dan menebang pokok sepanjang tahun dilakukan secara berjadual setiap minggu dengan mengenal pasti pokok yang mengundang risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya. “Dalam keadaan cuaca tidak menentu, kerosakan harta benda termasuk kenderaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya