PEPATAH Melayu ada menyatakan bahawa seorang ibu boleh menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu untuk menjaga seorang ibu. Pepatah ini sebenarnya memberikan peringatan kepada setiap ahli masyarakat yang bergelar anak agar dapat memastikan senario sedemikian tidak berlaku dalam kehidupan mereka. Adalah menjadi suatu perkara yang amat menyedihkan sekiranya ada anak yang membiarkan kehidupan ibu bapa mereka melarat dan merana sedangkan mereka hidup dengan penuh kemewahan serta keseronokan. Setiap ahli masyarakat khususnya anak seharusnya sedar bahawa ibu bapa bukanlah seumpama benda yang hanya digunakan bila perlu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya