KUALA LUMPUR 10 Dis. – Seramai 1,500 peserta dijangka menyertai pertandingan memancing siri terakhir Jelajah Pancing Kuala Lumpur (JPKL) bagi tahun ke-7 di Taman Tasik Ampang Hilir, Ahad ini.
Mereka bakal berebut hadiah wang tunai RM28,000, selain motorsikal dan televisyen itu yang ditawarkan penganjur.
Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) Mohd Nazam Harun berkata, pertandingan bertemakan Jom Pancing! Rakyat Ceria, Komuniti Sejahtera itu antara lain bertujuan memperkenalkan taman-taman tasik rekreasi kendalian DBKL untuk dimanfaatkan oleh warga kota dengan aktiviti sihat.
“Banyak aktiviti sihat boleh dijalankan di taman-taman rekreasi ini dan pertandingan memancing adalah salah satu usaha ke arah itu.
“Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan boleh terus ke khemah urusetia di lokasi pada Sabtu ini bermula pukul 12 tengah hari hingga 10 malam dan hari pertandingan sebelum pukul 6.30 pagi.
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 dan peserta akan menerima sehelai T-Shirt dua botol air minuman sumbangan penaja.
Untuk maklumat lanjut boleh berhubung terus melalui laman Facebook JoranKL atau menghubungi urus setia di talian 013-3052811, 013-2667011 dan 012-2846811. -UTUSAN ONLINE










