KUALA LUMPUR 2 Dis. – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengeluarkan arahan kali kedua kepada semua ahli parti supaya menyatakan komitmen untuk hadir pada perhimpunan aman menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), 8 Disember ini. Surat arahan itu diberikan kepada setiausaha badan perhubungan Pas negeri-negeri, setiausaha dewan-dewan Pas pusat dan setiausaha Pas kawasan (seluruh Malaysia). Takiyuddin turut mengarahkan barisan kepemimpinan Pas tersebut menguar-uarkan perkara berkenaan…










