LAUT terlihat tenang. Angin sepoi-sepoi bahasa, meniup penuh kelembutan. Sesekali rambutku menampar pipi. Terasa senang dan tenang sekali disini. Sesekali aku seperti terdengar kata-kata yang selalu diucapnya dahulu. “Nava, cantiknya rambut kau.” Dia tersenyum. Aku juga tersenyum. Aku enggan mempercayai kata-katanya. Barangkali bagiku itu semua hanyalah dusta. Namun jauh di dasar hatiku, aku tahu dia maksudkannya. Seketika, kami duduk dibangunan itu. Bangunan itu masih berdiri teguh hingga sekarang. hanya terdapat…










