PUTRAJAYA – Tabung Harapan Malaysia (THM) yang ditubuhkan pada 30 Mei lalu berjaya mengumpulkan lebih RM199 juta setakat pukul 9 pagi hari ini. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, Jabatan Audit Negara akan mengaudit Penyata Penerimaan dan Bayaran Akaun THM bagi memastikan pengurusannya dibuat secara teratur dan berintegriti. “Pelantikan firma audit luaran oleh kementerian bertujuan mengaudit akaun THM itu juga dibuat selaras dengan Seksyen 7 Akta Audit…










