SEJAK akhir-akhir ini, pelbagai kontroversi tercetus melibatkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) termasuk pendedahan akaun organisasi itu bagi 2017 yang mencatatkan jumlah aset keseluruhan sebanyak RM70.3 bilion, dengan jumlah liabiliti (hutang) sebanyak RM74.4 bilion. Jumlah liabiliti yang lebih banyak berbanding aset menyebabkan akaun Tabung Haji pada tahun lalu mencatatkan defisit sebanyak RM4.1 bilion. Sehubungan itu, dengan kedudukan kewangan sedemikian, pengisytiharan serta pembayaran hibah (bonus) pada 2017 dikatakan telah melanggar Akta…










