Tabung Haji boleh lumpuh - Asyraf Wajdi - Utusan Malaysia

Tabung Haji boleh lumpuh – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Jika kerajaan terus-menerus ‘mensensasikan’ masalah kewangan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yang didakwa berpunca daripada penyelewengan pengurusan terdahulu, lembaga itu boleh berdepan krisis besar yang akan melumpuhkan operasinya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menzahirkan kebimbangan tersebut kerana bagi beliau, cara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof membuat hebahan mengenai masalah tersebut boleh menghilangkan keyakinan pendeposit.

“Sejujurnya saya bimbang dengan reaksi pasaran dan pendeposit yang boleh mengeluarkan wang mereka pada bila-bila masa lantaran kurang yakin bahawa Tabung Haji akan memberikan hibah sebagaimana amalan sebelum ini.

“Jika ini berlaku, Tabung Haji akan berhadapan dengan krisis besar atau istilah kewangannya ‘bank-run’ yang mampu melumpuhkan sebuah institusi Islam yang besar sumbangannya kepada umat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Mujahid mendedahkan lembaga tersebut mengeluarkan hibah bercanggahan dengan Akta Tabung Haji 1995 sejak 2014 kerana dilakukan dalam keadaan Tabung Haji mempunyai nilai aset lebih rendah daripada liabiliti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN