BIARPUN kehilangan abang tersayang semasa Perang Dunia Kedua (1939-1945), tragedi itu tidak menjadi penghalang kepada Ian Mileham Litchfield, 92, untuk terus menceburi bidang ketenteraan. Beliau yang merupakan pesara tentera laut Australia adalah adik kepada Sarjan Eric Mileham Litchfield yang terkorban pada 25 Mac 1945 semasa pertempuran udara di Borneo. Mengimbas peristiwa itu, Litchfield mengakui dirinya dan keluarga sangat terkejut serta bersedih tatkala menerima perkhabaran buruk tersebut, apatah lagi dia mempunyai…










