Syed Saddiq ingatkan Bersatu jangan berubah jadi UMNO - Utusan Malaysia

Syed Saddiq ingatkan Bersatu jangan berubah jadi UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ketua Armada Malaysia Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menegaskan parti itu tidak sepatutnya menjadi klon UMNO tetapi perlu mengutamakan agenda Melayu dalam perjuangannya.

Beliau yang mengingatkan mengenai budaya UMNO yang berbahaya, Bersatu tidak sepatutnya berubah menjadi seperti parti yang hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum 9 Mei lepas, itu.

“Kita adalah Bersatu, bukan UMNO. Biar mereka buat kerja-kerja kotor dalam politik. Kita lebih tinggi daripada itu. Moral dan nilai yang kita bawa tidak boleh direndah-rendahkan atau dipijak hanya kerana mahu menang pilihan raya,” katanya.

Syed Saddiq berkata demikian dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Tahunan Armada, yang merupakan sayap Bersatu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Katanya, dalam Bersatu, tidak perlu ada budaya sogok menyogok, menjual negara atau memainkan isu perkauman untuk kemandirian politik.

“Jika Bersatu mahu jadi UMNO, langkah Armada dahulu. Saya tak benarkan budaya UMNO meresap masuk ke dalam Bersatu,” katanya sambil mendesak syarat ketat dikenakan kepada bekas anggota UMNO termasuk pimpinannya yang mengintai keanggotaan dalam Bersatu.

“Semak salah laku, isytihar harta, tak usah fikir jawatan penting akan diberi. Paling penting, mohon maaf kepada rakyat,” katanya kepada pihak yang berhasrat menyertai Bersatu. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN