Sut robot perdaya rakyat Rusia - Utusan Malaysia

Sut robot perdaya rakyat Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 13 Dis. – Seorang lelaki Rusia yang memakai sut robot palsu memperdaya rak­yat negara ini selepas beraksi se­perti mesin sebenar dan mampu menari semasa pa­meran teknologi dekat sini, awal ming­gu ini.

Portal berita Rusia, Medusa melaporkan, kemampuan Robot Boris itu disiarkan stesen televisyen Russia-24 yang mendakwa mesin itu sebagai robot paling canggih di dunia.

Namun stesen itu kemudiannya menggugurkan slot berkenaan apabila menyedari Robot Boris adalah palsu selepas mendakwa ia mampu berjalan, bercakap dan menari.

Menurut BBC, kemampuan robot yang didakwa termoden itu kemudiannya mula dipersoalkan wartawan selepas me­ragui keaslian mesin tersebut.

Ini kerana, berdasarkan sekeping gambar yang tular di media sosial, leher seorang lelaki dengan jelas kelihatan pada robot itu.

Robot itu sebenar­nya merupakan kostum berharga 250,000 rouble (RM15,757) yang diberikan gela­ran ‘Alyosha the Robot’, ciptaan syarikat Show Robots.

Bagaimanapun, di sebalik dakwaan kecanggihan Robot Boris, penganjur forum teknologi Proyektoria, program khas untuk kanak-kanak tidak me­ngakui robot itu adalah mesin sebenar.

Laman sesawang syarikat yang menghasilkan kos­tum itu mendakwa mampu mewujudkan ilusi sempurna seperti anda mempunyai robot sebenar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×