Susu Goodday pilihan terbaik untuk permulaan pagi berkhasiat - Utusan Malaysia

Susu Goodday pilihan terbaik untuk permulaan pagi berkhasiat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sarapan merupakan sajian awal yang perlu diambil setiap hari dan pengambilannya satu kemestian yang tidak boleh dipandang mudah.

Pengeluar jenama susu terkenal Goodday dalam satu kenyataan semalam berkata, pengambilan makanan berkhasiat dan seimbang sewaktu sarapan mampu membekalkan tenaga mencukupi bagi memulakan hari dengan lebih cergas.

“Goodday menawarkan tiga jenis susu iaitu susu penuh krim, susu segar dan susu rendah lemak yang sesuai dijadikan sarapan pada permulaan hari.

“Susu Goodday mengan­dungi protein, kalsium dan vitamin serta madu yang kaya dengan vitamin c, kalium, serat bagi membantu paras glukosa dalam darah agak rendah selepas bangun tidur,” jelas kenya­taan itu.

Kenyataan itu turut menjelaskan, pelbagai perisa ditawarkan seperti susu coklat, strawberi, madu, teh hijau dan kurma untuk menepati citarasa pengguna bagi memilih susu Goodday pilihan utama mereka.

Selain itu, pengambilan susu juga boleh dipelbagaikan de­ngan mencampurkan susu, oat dan buah-buahan dalam satu hidangan dan untuk lagi sedap biarkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

“Gabungan susu, oat dan buah merupakan gabungan lengkap iaitu karbohidrat akan memberi tenaga, protein membantu untuk kekal fokus,” tambah kenyataan itu lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN