Sungai Scotland dipenuhi penkek ais - Utusan Malaysia

Sungai Scotland dipenuhi penkek ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRORA, Scotland – Sebatang sungai di Tanah Tinggi Scotland tiba-tiba dipenuhi ratusan ketulan ais bulat dikenali ‘penkek ais’ minggu lalu, lapor akhbar The Sun.

Fenomena yang jarang dilihat itu dirakam jurugambar amatur, Daniel Norrie, 31, di sungai Helmsdale ketika dia menaiki kereta di Lembah Kildonan.

“Ketulan ais pelbagai saiz itu kelihatan seperti penkek atau biskut. Saya memang gemar mengambil gambar matahari terbit pada musim sejuk tetapi tidak pernah merakam sesuatu begitu unik seperti ini,” kat Norrie yang berasal dari perkampungan Brora.

Menurut pejabat kaji cuaca, penkek ais memerlukan satu keadaan yang sangat spesifik untuk terbentuk dan biasa dilihat di Laut Baltik selain turut terjadi di Amerika Utara serta Kanada.

Penkek ais terbentuk di atas permukaan air yang meliputi lapisan lumut atau ais berminyak. Selain itu, ia juga boleh terbentuk daripada kerak lapisan ais nipis yang terapung antara 30 sentimeter hingga tiga meter lebar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN