SEPANG, 13 Dis. – Pemain sayap naturalisasi Malaysia, Mohamadou Sumareh yakin pasukannya mampu mengubah keadaan ke atas Vietnam apabila kedua-dua pasukan bertemu pada final kedua Piala AFF yang akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi Sabtu ini. Pemain berumur 24 tahun dari Gambia itu berkata, Harimau Malaya yang telah bertungkus lumus berlawan hingga ke akhir sewajarnya tidak melepaskan peluang untuk menjulang Piala AFF untuk kali kedua selepas 2010. Malaysia dan…










