SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan takziah kepada keluarga dan waris anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi susulan kecederaan yang dialami akibat diserang perusuh semasa insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 November lalu. Titah baginda, pemergian Allahyarham amat dirasai oleh seluruh rakyat dan baginda percaya pengorbanan wira itu adalah suatu yang amat mulia di sisi agama, bangsa…










