Sultan perkenan kekal status Pulau Kukup kekal - Osman - Utusan Malaysia

Sultan perkenan kekal status Pulau Kukup kekal – Osman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 9 Dis. – Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan status Pulau Kukup terus dikekalkan sebagai Taman Negara Johor yang diiktiraf sebagai pulau hutan paya bakau kedua terbesar di dunia.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, Sultan Johor juga bertitah agar pulau ber­kenaan dijaga serta dikawal selia kerajaan negeri.

Menurut beliau, keputusan menggugurkan status Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor

OSMAN SAPIAN
OSMAN SAPIAN 

dibuat pada 7 Mac 2018 iaitu ketika Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri ini.

‘‘Saya menjunjung titah Tuan­ku yang menunjukkan keprihatinan terhadap kepentingan hutan paya bakau sebagai penahan ombak semula jadi selain memelihara kepentingan biodiversiti.

‘‘Pengekalan status itu juga akan membolehkan Pulau Kukup kekal sebagai sebuah produk pelancongan negeri,’’ katanya dalam sesi penggulu­ngannya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Osman menambah, pentadbirannya mengetahui berhubung penukaran status pulau itu apabila pembatalan rizab berkenaan diwartakan sebelum dilaporkan pihak media.

‘‘Saya akui terkejut dengan laporan itu lebih-lebih lagi apabila ada pihak menuduh kerajaan negeri bertindak meluluskan penggugguran tersebut sedangkan hakikatnya berlaku ketika pentadbiran lalu.

‘‘Perlu diketahui, perubahan status Taman Negara itu dibuat bagi memastikan pulau tersebut terus dilindungi dengan lebih baik,’’ ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN