Suami pengasuh didakwa cabul dua anak diasuh - Utusan Malaysia

Suami pengasuh didakwa cabul dua anak diasuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Suami kepada seorang pengasuh me­­ngaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal antaranya me-
­megang, menunjuk dan menggeselkan kemaluan di punggung dua kanak-kanak pe­rempuan, sejak tahun lalu.

Raja Mohd. Salleh Raja Sulaiman didakwa atas tiga tuduhan melakukan amang seksual fizikal di Mahkamah Sesyen Ampang, dekat Kuala Lumpur, semalam.

Raja Mohd. Salleh Raja Sulaiman, 50, didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan itu di dalam bilik tidur di sebuah rumah flat di Taman Keramat, Hulu Langat dekat sini.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa memeluk seorang kanak-kanak perempuan ber­usia tiga tahun ketika kejadian antara pukul 3 dan 6 petang, 22 November lalu serta meme­gang kemaluan di luar seluar, menunjuk dan menggeselkan kemaluan di punggung mangsa antara tahun 2017 dan 2018.

Pertuduhan ketiga, tertu­duh didakwa telah melondeh­kan seluar dan seluar dalam serta memegang kemaluan dan punggung seorang lagi kanak-kanak perempuan ber­usia tujuh tahun antara tahun 2017 dan 2018.

Pemandu kenderaan persen­dirian itu didakwa melakukan ketiga-tiga pertuduhan tersebut bagi membawa maksud seksual terhadap dua kanak-kanak pe­rempuan berkenaan.

Ketiga-tiga pertuduhan ter­­-
hadap tertuduh didakwa me­ngikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN