LONDON 3 Dis. – Standard Chartered Plc. dilaporkan mengurangkan jumlah pekerjanya di pasaran-pasaran utama termasuk Singapura dalam usahanya mengurangkan perbelanjaan. Menurut sumber, sebahagian daripada jawatan kanan termasuk dalam pengurangan berkenaan dan sebanyak 100 jawatan mungkin digugurkan bagi pasaran Dubai walaupun jumlah itu belum dimuktamadkan. Pembuangan kerja berkenaan juga termasuk kepimpinan di operasi perbankan utama firma berkenaan yang menawarkan perkhidmatan pengurusan kekayaan peribadi. Langkah pengurangan kakitangan tersebut diambil susulan Ketua Pegawai…










