Srikandi fokus mengisi kemenangan - Rina - Utusan Malaysia

Srikandi fokus mengisi kemenangan – Rina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 29 Dis. – Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggariskan tiga fokus utama ‘mengisi kemenangan’ selepas parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Rina berkata, kemahiran mentadbir urus yang inovatif, kreatif dan progresif wajib dikuasai dengan segera bagi melihat segala polisi, dasar dan sistem pelaksanaan manifesto Pakatan Harapan direalisasikan.

“Bak kata pakar motivasi seluruh dunia, hasil yang luar biasa akan hanya dicapai melalui usaha yang luar biasa. Maka ianya mesti bermula dengan diri kita selaku pimpinan wanita Bersatu yang digelarkan Srikandi.

“Pendidikan pula adalah asas kegemilangan sesuatu bangsa dan sesebuah negara. Saya berazam agar Modul Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang melibatkan lebih 220,000 anak-anak bawah enam tahun diformulasikan semula berasaskan hikmah, hasanah dan amanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan Srikandi 2018 bersempena Perhimpunan Agung Tahunan Kali Ke-2 Bersatu 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Menurut Rina, beliau berharap agensi kerajaan khususnya Kemas dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memulakan perubahan itu secara komprehensif dan bersepadu dalam jangka waktu tiga tahun ini.

Sementara itu katanya, Srikandi juga akan memberi fokus kepada pembangunan usahawan wanita bertaraf dunia agar sumbangan kepada negara lebih signifikan memandangkan 70 peratus graduan institut pendidikan tinggi (IPT) adalah terdiri dalam kalangan wanita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN